KHASIAT BAWANG PUTIH

Picture
Bila bercerita tentang bawang putih. Teringat saya masa zaman sekolah dahulu. Masa itu, ramai diantara “class mate” saya terdiri daripada kaum cina yang berbahasa “Hokien” . Bila masuk aje dalam kelas berbau semacam aje. Bukan nak kata dia orang ni tak mandi atau busuk. Tetapi ada bau semacam bau “bawang putih”. Setelah saya mengenali budaya dan cara pemakanan mereka. Baru saya tahu mereka sebenarnya pengemar bawang putih yang agak extrim.

Walaupun saya tidak minat dengan bau bawang putih, tetapi melalui pemerhatian dan kajian yang saya baca, orang cina amat kurang peratusan yang kena penyakit darah tinggi berbanding kaum-kaum lain. Mungkin kerana salah satu manfaat bawang putih ialah merendahkan dan mengawal kadar kolesterol dalam darah. Disamping itu ia juga berfungsi menstabilkan tekanan darah. Bawang putih juga bertindak mengawal dan merencat pertumbuhan sel kanser.

Banyak lagi manfaat bawang putih yang tidak dapat disangkal lagi. Tanaman dengan nama latin “Allium sativum” cukup berkesan untuk merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Jika kolesterol dapat dikawalkan,masalah kegemukannya juga dapat diatasi. Bercerita tentang, cara makan orang Asia terutamanya di Malaysia penuh dengan “lemak”. Semua masakan daripada nasi lemak, masak lemak, dan pelbagai masakan lemak membuat kita mudah dan terdedah kepada serangan pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke dan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang lain.

Bawang putih digunakan sebagai ubat diabetes, bawang putih biasa diambil setiap hari sebelum makan. Pagi, petang dan malam. Dari pengalaman saya, mereka yang berat badannya di bawah 60 kg disarankan menggunakan dos dua kapsul bawang putih atau tujuh gram sekali makan. Manakala bagi mereka yang berat lebih daripada 60 kg hendaklah mengambil 3 kapsul atau 10 gram dalam masa sehari.

Seeloknya, sebelum mengambil kapsul bawang putih, hendaklah periksa kadar gula dalam darah diklinik atau farmasi.